Indah bahasa mu mengukir diri ini
baik cantingan mu
baik pahatan mu
baik juga kuisan pena mu
terus mekar subur terpatri dihati
terus menerkam sanubari
jiwa anak baru mengenal seni
Engkau menanam kemboja
lalu haruman bunga itu
kau tiup kau belai kau usap
untuk aku sergamkan dalam diri
bukan kerana tubuh ini tidak wangi
bukan kerana sumpahan si kodok
tapi... tapi hanya kerana
hanya kerana... erm...
perjuangan suci tidak pernah terhenti
dan usah ianya mati
TerimaKasihSifu
Almarhum Prof. Madya Dr. Talib Samat.

No comments:
Post a Comment