Tuesday, 21 March 2017

Menapak Bertatih Anakku


Di sini anakku bertatih
muara sungai Duyung
pertemuan mengisi ilmu warisan
ilmu tradisi yang tidak mati.

Mengenal erti jati diri
disini juga
anak kecil itu mengenal Tuah
siapa Tuah gerangannya itu
apa pusaka yang ditinggalkan
yang perlu dia tahu
pemikirannya atau kekuatannya.

Jika rentaka  tidak dijaga
karat senjata diminyak jangan
jatuh dulu juga kerana sengketa
fitnah rasuah punca kehancuran
tapi itu zaman siapa
jadikan ia garisan henti
satru mu masih ketawa
kerana bangsa mu masih bernyawa.

Jadi pintar wahai anakku
kamu perang bukan guna besi
tapi IT juga senjata kualiti

Ayah percaya anakku seorang hebat
disuruh mengesot engkau merangkak
diajar menapak sudah melompat
diajar bertatih sudah berlari
gunakan pena sebagai senjata
menganti keris tombak lama
juga akal diasah sentiasa
agar tidak karat seperti rentaka.

Anakku harus diingat
bina jati dirimu
biar Tuah mendampingi mu
yang molek disanjung
yang mudarat disanggah
kerana engkau dalam gawat
silap langkah putus urat.

Ingat juga pesan ayah
bangkit jatuh kamu
itu permulaan untuk maju jati diri utama
takkan Melayu hilang didunia.


TerimaKasihSifu
Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
Abdul Ghafar Ibrahim (Pak Agi)
Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Rosli Saludin (Tiada dlm gmbar)
Cikgu Rohani
Dan pihak yang membantu, menjaga serta mendidik kami

No comments:

Post a Comment